Anwar Menang dengan Majoriti Lebih Besar di Port Dickson

2018-10-14 13:35:12  CRI
Share with:

Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang bergaya dan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas dengan majoriti lebih besar sebanyak 23,560 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu semalam.

Dengan kemenangan itu, Anwar, 71, akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Port Dickson yang baharu di Dewan Rakyat Isnin ini.

Ketua Umum PKR itu memperoleh 31,016 undi manakala calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar 7,456 undi, diikuti calon Bebas, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad yang mendapat 4,230 undi.

Dengan kemenangan itu, Anwar, hanya selangkah menjadi pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan, yang dipersetujui empat parti gabungan PH sebelum PRU14, 9 Mei lepas.

(Sumber dari BERNAMA)

张弘