Kemboja Setuju Sambung Kerja Cari Jasad Askar AS

2018-10-15 14:07:41  CRI
Share with:

Kemboja dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju menyambung semula kerjasama untuk mencari jasad askar AS yang terkorban di Kemboja dalam operasi tentera di timur negara itu pada tahun 1970.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan persetujuan pihaknya dalam surat balas kepada Senator Doug Ericksen dan Ahli Dewan Perwakilan, Vincent Buys mengenai hal berkenaan.

Kata Hun Sen, pihaknya bersetuju bekerjasama, meskipun Washington belum membatalkan sekatan visa terhadap diplomat Kemboja dan anggota keluarga mereka.

Beliau berkata, Kemboja bersedia memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan AS, dengan saling menghormati kepentingan bersama.

Pada 13 September tahun lepas, Kedutaan AS di Kemboja menggantung pemberian visa kepada pegawai diplomatik Kemboja. Sebagai tindakan balas, Hun Sen segera menghentikan kerjasama dengan AS untuk mencari jasad tentera AS di negara itu.

Menurut statistik, kira-kira 80 askar AS terkorban atau hilang di Kemboja semasa kempen pada 1970. Setakat ini, jasad 40 daripada mereka telah ditemui dan disahkan identiti.

曹捷