Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn mendekrikan Pelan Strategik Pembangunan Negara (2018-2037), berkuat kuasa secara rasmi baru-baru ini.
Sebelum ini, rancangan 20 tahun tersebut masing-masing diluluskan oleh kabinet dan legislatif pada Jun dan Julai tahun ini.
Menurut rancangan tersebut, Thailand menyasarkan status negara maju menjelang 2037, seiring dengan pembangunan stabil, makmur dan mampan.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan Thailand merancang memperuntukkan modal berjumlah USD43 bilion (RM178.6 bilion) dalam program pembangunan Koridor Ekonomi Timur (EEC) untuk melengkapkan prasarana di wilayah timur itu, termasuk lapangan terbang, lebuh raya dan pelabuhan.