Ulang Tahun ke-3 Perjanjian Gencatan Senjata Myanmar

2018-10-19 13:17:45  CRI
Share with:

Mesyuarat khas untuk memperingati ulang tahun ke-3 tercapainya Perjanjian Gencatan Senjata Kebangsaan (NCA) telah diadakan di Nay Pyi Taw, ibu negara Myanmar baru-baru ini.

Mesyuarat itu dihadiri Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing serta wakil-wakil daripada 10 kumpulan militan etnik minoriti yang telah memeterai perjanjian sebelum ini.

Menurut persepakatan yang telah dicapai dalam mesyuarat kali ini, Sidang Perdamaian Myanmar yang juga Sidang Panglong Abad ke-21 dijadualkan diadakan tiga kali sebelum 2020. 

Difahamkan, 10 daripada 17 kumpulan militan yang sedia ada di Myanmar, seperti Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) kini telah menandatangani perjanjian gencatan senjatan dengan kerajaan. Namun, masih terdapat 7 lagi kumpulan militan lain belum memeterai perjanjian tersebut, antaranya termasuk Angkatan Tentera Bersatu Wilayah Wa (UWSA).

周乔西