China, Sumber FDI Utama Thailand

2018-10-19 13:15:44  CRI
Share with:

Pelaburan Langsung Asing (FDI) China ke Thailand meningkat pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus menjadikan China negara sumber FDI utama bagi Thailand.

Laporan yang dibentangkan Bank Kasikorn Thailand semalam menyatakan, banyak syarikat China tertarik untuk membuat pelaburan di Thailand berikutan lokasinya yang strategik, persekitaran pelaburan yang kondusif serta dasar keutamaan yang ditawarkan kepada pelabur asing.

Dalam tempoh antara 2014 hingga 2017, jumlah keseluruhan FDI China terhadap Thailand mencecah USD 937 juta (RM3.89 bilion), mengatasi Amerika Syarikat (AS) selaku sumber kedua terbesar selepas Jepun.

Menurut laporan tersebut, FDI China terhadap Thailand memfokuskan sektor perkilangan, pembinaan prasarana, kewangan, insurans dan hartanah.

周乔西