Kes keracunan beramai-ramai yang berlaku di wilayah Kratie, Kemboja telah mengakibatkan 5 orang maut dan 78 lagi dimasukkan ke hospital.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Kemboja, LySovann memberitahu media, 42 mangsa yang dimasukkan ke hospital telah sembuh dan dibenarkan pulang.
Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan di beberapa buah kampung, dan terdapat kemungkinan keracunan itu berpunca daripada wain beras yang dijual di kawasan tersebut.
Penduduk kampung digesa menghentikan penjualan dan penggunaan wain beras yang tidak mendapat kelulusan kementerian kesihatan.