Jerayawara dokumentari "Hidangan Laluan Sutera" diadakan di Kuala Lumpur semalam.
Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berharap dokumentari yang mula ditayangkan hari ini, membolehkan rakyat Malaysia mengetahui budaya dan makanan umat Islam di China, justeru menarik lebih ramai pelancong Malaysia melawat ke China untuk menghayati persamaan budaya Islam antara kedua-dua negara.
Beliau yakin siri dokumentari sepanjang lima episod itu mampu merapatkan persahabatan sesama rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Fuziah Salleh pula berkata, makanan lazat adalah penghubung antara rakyat, juga cara terbaik untuk mempererat ikatan muhibah.
Katanya, siri "Hidangan Laluan Sutera" menyediakan platform bagi penonton Malaysia untuk mendekati makanan halal di China.