Singapura Tubuh Jabatan Khas bagi Pembinaan Infrastruktur Asia

2018-10-24 14:24:11  CRI
Share with:

Singapura menubuhkan Jabatan Infrastruktur Asia untuk merapatkan hubungan antara industri infrastruktur, bank pembangunan multilateral dengan sektor awam.

Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat semalam menyatakan bahawa jabatan itu akan dikelolakan bersama oleh Lembaga Pembangunan Syarikat di Seberang Laut dan Lembaga Pentadbiran Kewangan (MAS) Singapura.

Katanya, jabatan baharu itu akan bekerjasama dengan Bank Dunia untuk meningkatkan keupayaan pelbagai negara Asia untuk menjalankan projek infrastruktur yang besar dan rumit, di samping bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan tempatan untuk menggalakkan pembangunan infrastruktur di seluruh rantau.

胡星