Jaguh Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mungkin kembali ke arena badminton seawal-awalnya Februari tahun depan, sekiranya pulih dengan baik selepas rawatan penyakit kanser yang memaksa beliau berundur seketika.
Chong Wei baru-baru ini selesai menjalani rawatan di Taiwan selepas didiagnosis dengan kanser hidung pada September lepas.
Dalam satu wawancara dengan Sin Chew Daily, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin atas kesihatannya.
Kata Chong Wei, bergantung kepada keberkesanan rawatan, kemungkinan besar beliau dapat kembali beradu di gelanggang pada Februari tahun depan.