AS Kena Sekatan terhadap Entiti, Individu Singapura

2018-10-26 15:13:43  CRI
Share with:

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan sekatan terhadap dua entiti dan seorang individu dari Singapura kerana disyaki terlibat dalam kegiatan ekonomi haram membabitkan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Dalam kenyataan semalam, jabatan tersebut menuduh entiti dan individu terbabit mengubah wang haram, memalsukan barang atau mata wang, serta menyeludup wang secara pukal untuk DPRK.

Jabatan Kehakiman AS telah melancarkan prosedur untuk mengenakan tuduhan jenayah terhadap mereka yang dikatakan bersalah.

Menurut undang-undang AS, aset entiti dan individu yang dikenakan sekatan di wilayah AS akan dibeku. Warga AS dilarang menjalankan urus niaga dengan mereka.

徐国玮