Pulau Boracay Dibuka Semula

2018-10-27 14:18:18  CRI
Share with:

Pulau Boracay, tempat peranginan terkenal di Filipina dibuka semula kepada pelancong setelah pembaikpulihan persekitaran ekologi dijalankan selama enam bulan.

Menurut Menteri Pelancongan Filipina, Bernadette Romulo-Puyat, usaha membaik pulih pulau Boracay dianggap pengalaman baik dalam memajukan ekonomi di samping melindungi alam sekitar dan boleh dicontohi pulau-pulai lain di negara itu ketika mengembangkan industri pelancongan kelak.

Persekitaran ekologi Boracay makin memburuk dalam beberapa tahun lalu. Setelah pembaikpulihan dijalankan, kualiti air laut dan pantai di pulau itu telah pulih kepada keadaan kira-kira 30 tahun dahulu.

Kini, jumlah pelancong ke pulau itu dihadkan kepada 6,405 orang sehari, selain hanya 19,000 pelancong dibenarkan tinggal di pulau itu sehari.

 

覃淼