Pesawat Lion Air Terhempas

2018-10-29 14:06:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_9BC4FE5D-4E76-41CA-8284-32D761F18DD0

Pesawat milik syarikat penerbangan Singapura, Lion Air yang membawa 189 penumpang dan krew terhempas di Karawang, Jawa Barat, Indonesia pagi tadi.

Badan Pencegahan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia memaklumkan, pesawat JT-610 berlepas dari Jakarta pada pukul 6.20 pagi menuju ke Pangkal Pinang, Bangka Belitung dan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara 13 minit kemudian. Bangkai pesawat itu dijumpai di perairan utara Karawang.

Pejabat mencari dan menyelamat telah menghantar 130 petugas dan 30 lagi dari unit lain serta tiga kapal, satu helikopter dan beberapa bot ke lokasi kejadian.

Kedutaan Besar China di Indonesia turut menggerakkan mekanisme respons kecemasan bagi mengenal pasti sama ada terdapat warga China terkorban atau cedera.

Setakat ini, pihak Indonesia belum mendedahkan maklumat mengenai penumpang.

张弘