Sebanyak 2,800 syarikat dari 130 negara dan wilayah akan menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama di Shanghai bermula 5 November, sebilangan besar adalah dari Jepun.
Tsubame Sanjo yang terletak di Niigata, Jepun terkenal dengan industri pembuatan barang logam. Pendapatan yang susut berikutan populasi berkurang dan pasaran domestik tepu, menyebabkan syarikat tempatan mengalih tumpuan ke pasaran antarabangsa.
Dalam pada itu, pengeluar kutleri Okabe memfokuskan pasaran China. Pengurusnya, Okabe Takafumi menyifatkan CIIE sebagai platform baik bagi syarikat Jepun yang ingin memasuki pasaran antarabangsa.