Penumpang Lion Air Dikhuatiri Semua Terkorban

2018-10-30 13:02:50  CRI
Share with:

Kesemua 189 penumpang dan krew pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas di Karawang, Jawa Barat pagi semalam dikhuatiri terkorban.

Dalam sidang media di Jakarta semalam, pengarah operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Suryo Aji berkata, jasad mangsa yang sudah dijumpai telah dihantar ke hospital untuk pengesahan identiti. Setakat ini, belum ada mangsa yang terselamat. 

Misi mencari dan menyelamat (SAR) akan dijalankan selama tujuh hari, kemungkinan dilanjutkan tiga hari bergantung pada keadaan semasa. 

Lapor media tempatan, yang berada dalam pesawat Boeing 737 itu termasuk seorang juruterbang warga India, seorang penumpang warga Itali serta kira-kira 20 pegawai kementerian kewangan dan 10 pegawai pemeriksa kewangan Indonesia.

梁靓