Kotak Hitam JT-610 Belum Ditemui

2018-10-30 15:57:43  CRI
Share with:

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Lion Air JT-610 terus dijalankan, namun badan pesawat dan kotak hitam masih belum ditemui. 

Setakat malam semalam, belum ada mangsa yang terselamat.

Pesawat berkenaan dilaporkan tenggelam di perairan utara Karawang pada kedalaman 30 hingga 35 meter. Penumpang dan krew yang belum dijumpai dipercayai terperangkap dalam badan pesawat.

Pihak Indonesia telah mengerahkan tiga kapal, sebuah helikopter dan beberapa bot ke lokasi kejadian.

Operasi SAR melibatkan lebih 300 anggota penyelamat termasuk 40 penyelam, dibantu tentera laut.  

Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional menjalankan siasatan segera. 

张哲