Kotak Hitam JT-610 Dikesan

2018-11-01 11:19:26  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_9BC4FE5D-4E76-41CA-8284-32D761F18DD0

Lokasi kotak hitam pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat dikenal pasti selepas isyaratnya dijejak kapal pengesan milik Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) Indonesia.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia, Muhammad Syaugi semalam memaklumkan, arus laut menghalang penyelam dan robot kawalan jauh mendekati lokasi tersebut. Pasukan penyelamat sedang menunggu arus tenang.

Pada pagi Isnin lalu, pesawat JT-610 yang membawa 181 penumpang dan lapan krew, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara 13 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang, Bangka Belitung. Kesemua 189 dikhuatiri terkorban.

 

张弘