Bot Persiar Tenggelam, Semua Selamat

2018-11-05 13:54:31  CRI
Share with:

Bot persiar "MJ" yang membawa sembilan pelancong asing tenggelam selepas terbakar di perairan pulau Phuket, Thailand petang Sabtu lalu.

Lapor media tempatan, kesemua pelancong itu berjaya diselamatkan oleh nelayan, dan tiada laporan kematian atau kecederaan.

Dimaklumkan, bot itu terbakar secara tiba-tiba setelah berlepas dari Heaven Yacht Marina di Thalang pada kira-kira pukul 5.00 petang hari itu.

Berdasarkan siasatan awal pihak berkenaan, "MJ" terbakar akibat tersambar petir, mengakibatkan bot itu rosak teruk hingga akhirnya tenggelam.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.

周乔西