Mahasiswa Malaysia Diberi Peluang Lawat Beijing

2018-11-06 14:14:36  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lawatanmahasiswamalaysia3

BEIJING, Nov 5 (Radio Antarabangsa China) -- Seramai 36 mahasiwa Malaysia menyertai satu lawatan persabahatan anjuran Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) di Beijing selama 11 hari.

Setiausaha Biro Kewangan, Pelaburan dan Perdagangan PPMC, Ng Chin Long berkata lawatan itu bertujuan untuk merealisasikan objektif PPMC iaitu untuk belajar mengenai China dan menjalin hubungan silaturahim antara rakyat terutamanya dengan golongan muda di China.

Beliau berkata, berbeza dengan lawatan yang terdahulu, lawatan kali ini memperlihatkan penglibatan mahasiswa Malaysia dari pelbagai latar belakang dan negeri termasuk dari Sabah dan Sarawak.

"Sepanjang penglibatan saya selama 10 tahun dengan PPMC, tujuan utama kita adalah untuk mempertingkat atau menjalin persahabatan dua negara iaitu Malaysia dan China khusnya rakyat ke rakyat," katanya sewaktu ditemu ramah ketika mengemudi lawatan persahabatan PPMC ke Beijing hari ini.

Dalam pada itu, Ng juga berharap golongan muda khususnya mahawasiswa dapat menjadi pemangkin dalam mempertingkat hubungan kedua-dua negara menerusi lawatan persahabatan ini.

 

图片默认标题_fororder_lawatanmahasiswamalaysia2

"Pada lawatan kali ini, selain membawa mereka (mahasiswa) ke tempat-tempat bersejarah, kita juga akan bawa mereka untuk belajar mengenai seni kraftangan, inovasi & teknologi serta berjumpa dengan mahasiswa di Beijing," kata Ng.

 

图片默认标题_fororder_lawatanmahasiswamalaysia

Sementara itu, seorang mahasiswi dari Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM), Siti Nur Farhana yang pertama kali menjejakkan kaki di China berkata, dia berharap untuk mempelajari sebanyak yang mungkin dengan peluang yang diberikan kepadanya terutamanya mengenai budaya.

"Meskipun tahu berbahasa Mandarin, saya secara jujurnya tidak pernah mengetahui mengenai sejarah budaya di China termasuk pakaian tradisional, permainan, dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di China." kata Siti Nur Farhana yang mendapat peluang ke Beijing setelah disyorkan oleh pensyarahnya.

Lawatan persahabatan yang bermula pada 3 November lepas akan berlangsung hingga Ahad ini.

王瑾