Ruang Pameran Negara Filipina dalam CIIE Operasi

2018-11-07 16:37:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_97a4d934-14f2-41f8-8b12-73c05979ff43

Ruang Pameran Negara Filipina dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama mula beroperasi semalam. 

Ketika merasmikan pavilion tersebut, Menteri Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez berkata, CIIE merupakan manifestasi terhadap komitmen China dalam kebebasan perdagangan.

Beliau yang gembira dengan penyertaan Filipina di CIIE turut mengucapkan terima kasih kepada China atas usaha memperluas perdagangan dan pelaburan dengan Filipina.

Ruang pameran tersebut seluas 136 meter persegi, antara ruang terbesar di CIIE meliputi 57 buah gerai terdiri daripada 36 buah syarikat, 11 buah universiti dan 10 buah badan kerajaan. 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_8dd52a6f-5175-4d34-891e-0204e8b1e56d
 

曹捷