Ekspo Import Antarabanga China (CIIE) pertama yang diadakan di Shanghai telah menarik peniaga dari pelbagai negara, antaranya banyak negara-negara paling miskin dengan membawa produk-produk yang bercirikan sendiri menjadi tumpuan pameran. Sebagai negara membangun yang paling besar, China sudi berkongsi peluang pembangunan dengan negara-negara paling miskin melalui temasya ini.
Terdapat lebih 30 daripada 44 buah negara paling miskin di seluruh dunia, diundang untuk menyertai CIIE, dan turut mendapat gerai pameran secara percuma malah dikecualikan bayaran untuk pengangkutan produk mereka yang merangkumi kopi Ethiopia, pakaian tradisional bangsa Gambia, produk kraftangan Sultan Selatan, batu nilam Tanzania dan sebagainya.