Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Lion Air JT-610 sudah tamat, namun alat perakam suara kokpit (CVR) dalam dua kotak hitam masih belum ditemui.
Agensi berita Antara Indonesia melaporkan, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), Muhammad Syaugi mengumumkan misi SAR berakhir di pusat perintah bersama yang terletak di pelabuhan Tanjung Priok, utara Jakarta pada 10 November.
Katanya, dua pejabat sementara di Jakarta dan Bandung masih bersiap siaga 24 jam supaya dapat bertindak segera apabila perlu.
Pada pagi 29 Oktober lalu, pesawat JT-610 yang membawa 181 penumpang dan lapan krew, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara 13 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang, Bangka Belitung. Kesemua 189 dikhuatiri terkorban.