ASEAN Meterai Perjanjian E-dagang

2018-11-13 14:48:52  CRI
Share with:

Menteri-menteri ekonomi dari negara-negara ASEAN memeterai satu perjanjian bagi memudahkan e-dagang rentas sempadan di Singapura semalam. 

Berdasarkan dokumen yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, pelbagai negara ASEAN berjanji akan membina persekitaran baik bagi pembangunan industri e-dagang, termasuk menyusun peraturan e-dagang serta mewujudkan kesalinghubungan digital yang lebih meluas di rantau ini. 

Dalam majlis pemeteraian dokumen itu, Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing berkata ASEAN ialah pasaran Internet yang berkembang paling pesat di dunia. Jumlah pengguna Internet di rantau ini sebanyak lebih 330 juta. Sehingga tahun 2025, ekonomi Internet di ASEAN dijangka mencatat USD200 bilion, antaranya e-dagang berjumlah USD88 bilion. 

Menurut Chan, ASEAN telah berjaya menarik penglibatan beberapa syarikat e-dagangan yang terkenal di dunia termasuk Alibaba dan Amazon. Syarikat e-dagang dari ASEAN turut bangkit di pasaran serantau. 

Bagaimanapun, Chan mengakui bahawa perkembangan e-dagang di ASEAN masih ketinggalan berbanding dengan China dan Amerika Syarikat (AS), logistik rentas sempadan dan peraturan Internet masih menjadi gangguan utama.

张弘