Kem Belia China-ASEAN di Guangxi

2018-11-14 13:50:31  CRI
Share with:

Kem Belia China-ASEAN 2018 dirasmikan di bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam. 100 wakil belia dari 10 negara ASEAN akan mengadakan dialog dan komunikasi dengan wakil belia China tentang topik “membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN” sempena kem selama 7 hari ini.

Setiausaha Sekretariat Pusat Liga Pemuda Komunis China (CCYL), Li Keyong ketika berucap pada majlis perasmian kem ini berkata, hubungan China-ASEAN berada pada fasa perkembangan yang penting. Kedua-dua pihak harus merapatkan kerjasama persahabatan dan bersama-sama mewujudkan pembangunan baharu. Beliau berharap agar golong belia dapat mewariskan dan mengembangkan persahabatan China-ASEAN dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib.

胡星