Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 Dirasmikan

2018-11-14 14:42:36  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dirasmikan di Singapura semalam. Para pemimpin mengadakan perbincangan mengenai tema "Resilient and Innovative" bagi mencari pendekatan memperkasakan integrasi dan pembinaan Komuniti ASEAN dalam rangka kerjasama pelbagai hala.
Perdana Menteri Singapura, negara pengerusi ASEAN tahun ini, Lee Hsien Loong ketika berucap merasmikan sidang kali ini menegaskan peri pentingan kerjasama pelbagai hala. 
Menurutnya, sistem pelbagai hala yang bebas dan terbuka sedang menghadapi cabaran pada masa sekarang. Sementara itu, pelbagai ancaman keselamatan konvensional atau bukan konvensional seperti keganasan dan perubahan iklim juga menghampiri pelbagai negara. Dunia kini lebih memerlukan kerjasama pelbagai hala berbanding masa dahulu, dan tiada sebarang negara mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan tenaga sendiri. 
Lee menyeru pelbagai negara ASEAN menyumbang kebijaksanaan dan bergabung tenaga untuk bersama-sama menghadapi cabaran.
Di samping itu, beliau mengulangi komitmen ASEAN yang menyokong perdagangan multilateral dan menyelesaikan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secepat mungkin.
 

徐国玮