Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Brunei Darussalam

2018-11-17 11:44:23  CRI
Share with:

图片默认标题

(Pelabuhan Muara)

 

Brunei Darussalam merupakan sebuah negara penting dalam Laluan Sutera Maritim Abad ke-21. Wawasan 2035 yang diperkenalkan oleh Brunei Darussalam mempunyai banyak persamaan dengan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) diketengahkan China, iaitu mengutamaan pembangunan bersama dan kerjasama yang saling menguntungkan. China dan Brunei Darussalam mempunyai keinginan kuat untuk menjalinkan kerjasama dan kerjasama kedua-dua negara telah diperluas daripada perdagangan tradisional dan pembinaan infrastruktur kepada kewangan, logistik, minyak dan gas asli, pengendalian pelabuhan, pengeluaran dan pemprosesan rempah, akuakultur, latihan sumber manusia dan lain-lain.

 

Perdagangan Import-Eksport

China adalah negara pengeksport barangan harian, bahan binaan, alat dan perkakasan yang penting bagi Brunei Darussalam. Dalam masa beberapa tahun lalu, eksport Brunei Darussalam telah pun mengalami kemerosotan berikutan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Ini turut memberikan impak kepada perdagangan dua hala China-Brunei Darussalam yang menampakkan kemerosotan ketara pada tahun 2015 dan 2016. Pada tahun 2017 dan 2018, pelancaran dua buah jambatan yang dibina oleh syarikat China serta projek penapisan petroleum oleh Hengyi Petrochemical Co. Ltd di Brunei Darussalam, menggalakkan pengimportan banyak bahan binaan, alat dan jentera dari China. Jumlah dagangan kedua-dua negara banyak meningkat sekali gus menjadikan China mengatasi Malaysia dan Singapura sebagai negara pengeksport terbesar bagi Brunei Darussalam. Sejak tahun 2016, syarikat China meningkatkan pengimportan minyak dari Brunei Darussalam dan China menjadi pasaran eksport minyak keempat terbesar bagi Brunei Darussalam, sekali gus mengurangkan lebihan dagangan kedua-dua negara.

Statistik Perdagangan China-Brunei Darussalam 2013-2017 (unit: juta USD)

Tahun

Jumlah Dagangan

Jumlah Eksport ke China

Jumlah Import dari China

Peningkatan Berbanding Tahun Sebelumnya (%)

Jumlah Dagangan

Eksport ke China

Import dari China

2013

1794

90

1704

11.4

-75.9

36

2014

1937

190

1747

8.0

111.3

2.5

2015

1506

97

1409

-22.2

-48.76

-19.35

2016

719

208

511

-52.4

105.5

-63.7

2017

1000

350

650

36.5

58.8

26.8

 

Kerjasama Pelaburan

Berikutan rangsangan inisiatif B&R, semakin banyak syarikat China melabur di Brunei Darussalam. Kini projek kerjasama dua hala yang terbesar antara kedua-dua negara ialah projek penapisan petroleum oleh Hengyi Petrochemical Co. Ltd di Pulau Muara Besar. Jumlah pelaburannya sebanyak USD3.445 bilion dan dijadualkan siap pada tahun 2019. Projek ini dijangka akan membawa keuntungan besar kepada Brunei Darussalam. Sebahagian besar hasil keluarannya akan dieksport ke China.

 

Projek Infrastruktur

Pada tahun 2010 dan 2015, kerajaan Brunei Darussalam menawarkan bidaan beberapa projek infrastruktur seperti jalan dan jambatan. Syarikat-syarikat China yang berpengalaman telah berjaya memperoleh beberapa bidaan termasuk empangan, jalan raya dan jambatan. Pada Jun 2016, pembinaan infrastruktur besar pertama oleh syarikat China di Brunei Darussalam iaitu projek lebuh raya Telisai-Lumut siap. Pada tahun 2015, syarikat China memenangi bidaan Jambatan Pulau Muara Besar serta Jambatan Temburong Sektor CC4. Kini pembinaan kedua-dua projek sedang berjalan dengan lancar.

 

Kerjasama Sumber Manusia

Bermula tahun 2012 hingga 2017, seramai 159 orang kakitangan awam dan swasta dari Brunei Darussalam telah menjalani latihan bilateral dan multilateral yang ditawarkan oleh China. Ini termasuk 64 orang yang menyertai tiga latihan bilateral yang masing-masing diadakan di Fuzhou, China dan Seri Begawan, Brunei Darussalam. Tiga orang warga Brunei Darussalam berjaya mendapat biasiswa Kementerian Perdagangan China. Selain itu, 33 orang sukarelawan dari China telah menamatkan pengajian dan bantuan pendidikan di Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei dan Kementerian Pendidikan negara ini.

王瑾