Interaksi Sosiobudaya China-Brunei di Seri Begawan

2018-11-17 13:58:10  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_2

Sesi Interaksi Media China-Brunei, Pameran Laluan Sutera, dan Perkongsian Persahabatan China-Brunei diadakan di Seri Bagawan Khamis lalu. Siri aktiviti interaksi sosiobudaya ini diadakan bersempena dengan lawatan rasmi Presiden Xi Jinping ke Brunei nanti.

图片默认标题_fororder_1

Naib Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Negara China, Guo Weimin ketika menghadiri Sesi Interaksi Media China-Brunei berkata, media berperanan sebagai jambatan untuk merapatkan persahabatan rakyat dan menggalakkan rasa saling belajar antara pelbagai tamadun. Interaksi media boleh membantu memperkukuh persahabatan dan kerjasama.

图片默认标题_fororder_3

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Aminuddin Ihsan bin Abidin setelah melawat pameran Laluan Sutera berkata, aktiviti sosiobudaya menyediakan peluang bagi merapatkan hubungan dua hala. Oleh itu, interaksi antara rakyat, terutamanya golongan belia perlu dipergiat.

高蕾