Xi: Tingkatkan Tahap Kerjasama Asia Pasifik Ke Arah Lebih Tinggi

2018-11-18 16:41:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123731478_15425448854191n

 

Sidang Pemimpin Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dirasmikan di Port Moresby, Papua New Guinea hari ini. Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang kemuncak tersebut dan menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Ambil Peluang Sezaman demi Kemakmuran Asia-Pasifik”.

Xi dalam ucapannya menyatakan, berada di persimpangan jalan perkembangan sejarah, kita harus memahami situasi antarabangsa dan ekonomi, menetapkan arah perkembangan dan menghadapi cabaran semasa.   

Presiden Xi telah mengemukakan beberapa saranan. Pertama, kita harus terus menggalakkan integrasi ekonomi serantau, membina ekonomi Asia-Pasifik yang terbuka, mendorong kebebasan dan kemudahan perdagangan.    

Kedua, mengoptimumkan inovasi sebagai penjaga utama, melaksanakan Peta Garisan Internet dan Ekonomi Digital, dan membolehkan semua anggota dapat menikmati hasil pembangunan ekonomi digital.    

Ketiga, menyempurnakan kesalinghubungan.   

Keempat, merapatkan hubungan perkongsian strategik dan berganding bahu untuk menghadapi cabaran.     

 

图片默认标题_fororder_1123731478_15425454587601n

Beliau menambah, pemimpin dari rantau Asia-Pasifik berkewajipan untuk mengatur prospek kerjasama APEC selepas tahun 2020. Pembangunan China tidak dapat diwujudkan tanpa kerjasama dengan pelbagai anggota APEC, di samping itu, ia juga menyediakan ruangan luas bagi pembangunan serantau.     

Pelbagai pemimpin APEC berpendapat, prospek pertumbuhan ekonomi Asia-Pasifik cerah, walaupun ia sedang menghadapi cabaran seperti halangan perdagangan dan dasar perlindungan. Pada masa sekarang, pelbagai pihak harus memelihara sistem multilateralisme dan perdagangan pelbagai hala, menentang perlindungan perdagangan, menyokong APEC memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan kebebasan dan kemudahan perdagangan serta pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inovatif, lestari dan inklusif, bersama-sama membina rantau Asia-Pasifik yang dinamik dan terbuka. 

胡星