Presiden China, Xi Jinping akan membuat lawatan rasmi pertamanya ke Filipina bermula esok. Ini juga kunjungan rasmi pertama pemimpin China ke negara itu sejak 13 tahun lalu.
Dalam temu bual bersama media China baru-baru ini, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menzahirkan rasa bangga dengan lawatan Presiden Xi.
Katanya, sejak beliau menjadi Presiden Filipina, hubungan bilateral telah dipulihkan dan dibaiki, sementara banyak perjanjian kerjasama ditandatangani melibatkan perdagangan, perindustrian, pembinaan infrastruktur dan bantuan bencana. Filipina juga banyak mendapat faedah dalam kerjasama dengan China.
Duterte yakin lawatan tersebut akan melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau turut menyatakan hubungan bilateral yang baik bukan sahaja dapat dilihat daripada peningkatan eksport ke China dan pertambahan bilangan pelancong China, malah bantuan ikhlas China terhadap Filipina.