Bantuan China Tingkat Kemandirian Negara Kepulauan Pasifik

2018-11-20 08:20:00  CRI
Share with:

China telah menjalankan kerjasama yang baik dengan banyak negara berdasarkan prinsip saling hormat dan saling untung.

Kerjasama berkenaan tidak pernah disertakan syarat politik, sebaliknya adalah untuk membantu negara terbabit meningkatkan kemandirian dalam membangunkan sosioekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

Bantuan China dialu-alukan kerajaan dan masyarakat setempat.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas dakwaan Timbalan Presiden AS, Mike Pence bahawa bantuan China membawa beban hutang kepada negara-negara kepulauan Pasifik, semasa Sidang Kemuncak Pemimpin Industri dan Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC CEO Summit) di Papua New Guinea.

Hua menggesa Washington berhenti menuding jari kepada negara lain, sebaliknya meneliti kekonsistenan kenyataan dan tindakan sendiri.

Katanya, AS perlu melayan semua negara, baik besar atau kecil secara sama rata, menghormati hak negara-negara lain untuk memilih jalan pembangunan berdasarkan keadaan sendiri dan melakukan lebih banyak usaha yang menguntungkan negara-negara membangun.

张弘