China, Brunei Naiktarafkan Hubungan

2018-11-20 08:16:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123735386_15426393483231n

China dan Brunei Darussalam bersetuju menaiktarafkan hubungan kepada perkongsian kerjasama strategik dan menjadi rakan kongsi baik yang saling percaya dalam politik, saling untung dalam ekonomi, saling hubung dalam sosiobudaya dan saling membantu dalam arena multilateral. 

Persetujuan itu dicapai dalam rundingan antara Presiden China, Xi Jinping dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan hari ini. 

图片默认标题_fororder_1123735386_15426412539301n

Presiden Xi menegaskan bahawa China memandang Brunei sebagai rakan kerjasama penting dalam pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan bersedia menyelaraskan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Wawasan 2035 Brunei yang menyasarkan pempelbagaian ekonomi. 

China mengalu-alukan syarikat Brunei meningkatkan pengeksportan ke China, dan bersedia memperkasakan kerjasama melibatkan infrastruktur, pertanian, perikanan dan tenaga.

Beliau berkata kedua-dua negara harus memperkukuh koordinasi dan kerjasama dalam rangka PBB dan APEC, di samping bersama-sama menyumbang kepada peningkatan hubungan China-ASEAN dan kerjasama Asia Timur.

Presiden Xi turut menyampaikan penghargaan atas saranan pendekatan dwitrek yang dikemukakan Brunei mengenai isu Laut China Selatan, iaitu pertikaian berkenaan diselesaikan melalui rundingan langsung antara negara-negara terlibat, manakala keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dijaga bersama oleh negara serantau.

图片默认标题_fororder_1123735386_15426412539081n

Sultan Hassanal Bolkiah pula menyatakan pihaknya bersedia mengambil peluang daripada lawatan Presiden Xi kali ini untuk mempertingkat kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertanian, pelancongan, pendidikan, sosiobudaya dan bantuan kehakiman. 

Sultan Brunei turut menyampaikan penghargaan tinggi terhadap usaha China dalam mendorong kemakmuran global, menangani perubahan iklim, melindungi sistem perdagangan multilateral dan menggalakkan integrasi ekonomi serantau. 

张弘