China, Filipina Mahu Kerjasama Lebih Rapat

2018-11-21 17:35:11  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dan Presiden Senat, Tito Sotto di Manila hari ini.

Xi menyatakan pertukaran muhibah antara badan perundangan adalah komponen penting dalam hubungan China-Filipina, yang  kini berada pada titik permulaan baharu dalam sejarah. 

Beliau berharap parlimen Filipina menyokong usaha kerajaan untuk mendorong kerjasama pragmatik dengan China dalam bidang pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan sebagainya bagi mengukuhkan asas ikatan dua hala.

Arroyo dan Sotto menyatakan China merupakan salah satu rakan kongsi paling penting dalam pembangunan ekonomi Filipina, sambil menyuarakan kesediaan pihaknya memperkasakan kerjasama melibatkan perdagangan dan infrastruktur serta pertukaran sosiobudaya demi manfaat rakyat. 

Filipina juga bersedia memperdalam kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dengan China, di samping bersama-sama menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan
梁靓