Lawatan Xi Capai Keberhasilan Menggalakkan

2018-11-21 17:33:19  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-26, membuat lawatan rasmi ke Papua New Guinea, Brunei Darussalam dan Filipina serta mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara-negara kepulauan Pasifik bermula 15 November hingga hari ini.

Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan agenda Xi tersebut telah mencapai keberhasilan yang sangat menggalakkan.

Beliau menyatakan bahawa Presiden Xi telah membincangkan pendekatan untuk mewujudkan integrasi ekonomi serantau dengan pemimpin anggota APEC, merancangkan kerjasama strategik dengan pemimpin negara Asia Tenggara serta merangka cetak biru pembangunan lestari bersama-sama negara kepulauan Pasifik. 

Lawatan Presiden Xi kali ini mempromosi kesedaran komuniti berkongsi nasib, mempererat perkongsian kerjasama, menggalakkan pembangunan Jalur dan Laluan serta memperkukuh keyakinan terhadap multilateralisme, yang telah menyuntik penjana kuat untuk pembangunan dan kemajuan bersama. Umum berpendapat bahawa dengan latar belakang kebangkitan fahaman perlindungan, unilateralisme dan politik kuasa, China kekal berpegang pada prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, memperlihatkan imej sebuah negara besar yang konstruktif dan bertanggungjawab.

Antara keberhasilan lawatan tersebut, menggalakkan kerjasama dunia dan Asia Pasifik berpandukan keterbukaan dan keinklusifan, melonjakkan hubungan antara China dengan Brunei Darussalam dan Filipina, mempererat ikatan dengan negara-negara kepulauan Pasifik serta berkongsi peluang pembangunan China dengan dunia.

张弘