Kemboja Pinda Undang-undang Parti Politik

2018-12-04 14:37:23  CRI
Share with:

Parlimen Kemboja semalam mengumumkan keputusan untuk meminda undang-undang parti politik bagi membolehkan 118 anggota kanan Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), kembali ke arena politik.

Undang-undang berkenaan akan disemak semula dan dibahas susulan permohonan agar fasal 45 Akta Parti Politik dipinda, ditandatangani oleh 87 anggota Parti Rakyat Kemboja (CPP).

Menurut kenyataan kerajaan, pindaan tersebut bertujuan membolehkan ahli politik yang dilarang menyertai aktiviti politik kembali ke arena tersebut berdasarkan semangat perpaduan dan demokrasi.

Pada 16 November tahun lepas, Mahkamah Tertinggi Kemboja membubarkan CNRP dan melarang anggota kanannya tampil di pentas politik selama lima tahun.

徐国玮