Indeks Pembelian Pengurus (PMI) Filipina naik ke paras tertinggi dalam tempoh 23 bulan pada bulan November dengan mencatat 54.2 mata, berbanding 54 mata pada bulan Oktober.
Menurut firma pembekal maklumat IHS Markit London, peningkatan ini adalah untuk bulan keempat berturut-turut.
David Owen, seorang ahli ekonomi dari IHS Markit berpandangan bahawa walaupun jumlah tempahan eksport baharu di Filipina menjunam pada bulan November, namun permintaan domestik yang kukuh mampu mengimbangi impak negatif tersebut.