Serangan di Tapak Pembinaan Indonesia, 31 Maut

2018-12-05 13:21:17  CRI
Share with:

Seramai 31 orang maut apabila sebuah projek pembinaan jalan raya di Nduga, Papua Barat Indonesia diserang oleh kumpulan bersenjata baru-baru ini.

Media tempatan memetik sumber polis bahawa kumpulan terlibat melancarkan dua serangan terhadap pembina jalan, masing-masing pada Sabtu dan Ahad lalu yang mengakibatkan 24 dan 7 orang terbunuh, kesemuanya pekerja syarikat pembinaan milik kerajaan.

Menurut polis, motif serangan masih belum diketahui.

Siasatan awal mendapati serangan itu dilakukan oleh kumpulan pemisah di Papua Barat.

胡星