Jokowi Dukacita Serangan di Papua Barat

2018-12-06 14:40:35  CRI
Share with:

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyatakan rasa dukacita atas kematian puluhan pekerja syarikat pembinaan milik kerajaan dalam serangan di tapak pembinaan jalan raya di Papua Barat semalam.

Lapor Agensi Berita Antara, Jokowi menegaskan bahawa serangan keganasan itu tidak menggoyangkan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan Papua Barat, sebaliknya mengentalkan tekad itu.

Beliau turut mengarah tentera dan polis menjalankan siasatan terhadap kejadian itu dan memburu anggota militan yang terlibat.

Satu pasukan tindakan bersama seramai 154 askar dan polis telah dikerahkan ke lokasi insiden, bagi melindungi infrastruktur setempat serta mencari mayat mangsa dan melindungi orang awam.

Sebanyak 31 orang maut apabila sebuah projek pembinaan jalan raya di Nduga, Papua Barat Indonesia diserang oleh kumpulan bersenjata pada 1 Disember lalu.

胡星