China Terus Ambil Langkah Rangsang Inovasi, Kreativiti

2018-12-06 14:38:35  CRI
Share with:

China akan terus menggalakkan langkah pembaharuan bagi merangsang inovasi dan kreativiti, di samping meningkatkan perlindungan harta intelek dan mengambil tindakan keras bagi sebarang pencabulan hak pedagang melalui "Draf Pindaan Undang-undang Paten".

Perdana Menteri China, Li Keqiang yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Negara semalam berkata, langkah-langkah tersebut akan mula dilaksanakan sebagai percubaan di lapan tempat di Beijing, Tianjin, Hebei, Shanghai dan Guangdong.

Antaranya termasuk menggalakkan pengurus dan penyelidik dari institusi tertentu memegang ekuiti dalam bentuk saham "teknikal+tunai". Langkah lain, membuka saluran pembiayaan bagi syarikat sains dan teknologi berskala kecil dan sederhana, serta menyempurnakan pengurusan penyelidikan saintifik.

胡星