Bangkok Tuan Rumah Pesta Beras Thailand

2018-12-07 14:41:53  CRI
Share with:

Pesta Beras Thailand akan berlangsung di Bangkok pada 19 hingga 24 Disember, bagi menggalakkan pengeksportan beras negara itu.

Dalam satu taklimat media semalam, Kementerian Pertanian Thailand memaklumkan, Pesta Beras 2018 ialah salah satu projek bantuan tanaman oleh kerajaan, yang bertujuan mempromosikan beras keluaran tempatan kepada peniaga antarabangsa, sekaligus memperkenalkan budaya beras Thailand kepada pengguna tempatan dan asing.

Menurut data Kementerian Perdagangan Thailand, negara itu mengeksport kira-kira 10.09 juta tan beras antara Januari hingga November tahun ini, susut 3.58% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sektor pertanian merupakan industri ekonomi tradisional bagi Thailand. Pada tahun lepas, output sektor tersebut menduduki kira-kira 9% Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) Thailand. 

Beras pula hasil pertanian paling penting dan salah satu sumber utama bagi pendapatan mata wang asing Thailand.

徐国玮