Bahasa Rapatkan yang Jauh

2018-12-10 15:59:03  CRI
Share with:
Bahasa mampu membawa dua insan yang dipisahkan oleh lautan bertemu lalu jatuh cinta.

Pusanti, 26, seorang calon PhD di Pusat Pengajian Indonesia, Universiti Perguruan Huazhong China (CCNU), berminat terhadap budaya Cina sejak kecil kerana pengaruh bapanya.


Pusanti kini bekerja sebagai setiausaha berbahasa Cina bagi Persatuan Cina Indonesia, membuat terjemahan dalam pelbagai mesyuarat penting. 

Melalui bahasa Cina juga, Pusanti tertemu buah hatinya. Ding Chong, seorang pensyarah Universiti Perubatan Cina Hubei (HBUCM), tertawan hati dengan gadis Indonesia itu ketika menghadiri beberapa aktiviti pertukaran ilmiah. Pada 2014, pasangan kekasih ini mengikat perkahwinan.  
    
Bagi Pusanti dan ramai lagi yang serupa, bahasa Cina membolehkan mereka mendapat kerja baik dengan gaji besar.  Bahasa juga memberi mereka peluang untuk membaktikan diri kepada pertukaran pendidikan dan kerjasama antara tamadun berbeza.
梁靓