Sukan Persahabatan Kawasan Pertumbuhan Asia Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina-Wilayah Utara (BIMPNT-EAGA) ke-10 menutup tirai di Bandar Seri Begawan, Brunei petang semalam.
Acara pertandingan bermula 7 hingga 9 Disember, berakhir dengan Malaysia, Brunei dan Wilayah Utara Australia di ranking tiga teratas bagi pingat emas.
Acara utama yang dipertandingkan 10 kontinjen termasuk sukan atas air, karate, olahraga, wusyu, silat, sepak takraw dan taekwondo.
Sukan persahabatan itu diadakan setiap dua tahun, dengan Mindanao, Filipina menjadi tuan rumah seterusnya.