Minggu Reka Bentuk Chiang Mai Buka Tirai

2018-12-10 14:08:40  CRI
Share with:

Minggu Reka Bentuk Chiang Mai 2018 membuka tirai pada 8 Disember, menarik penyertaan lebih 500 pencipta tempatan dan asing.

Acara tersebut satu wadah untuk menyelaraskan reka bentuk kreatif dengan pengeluaran perindustrian, menjana pertumbuhan ekonomi kreatif dengan lebih efisien serta mengetengahkan Chiang Mai sebagai "hab kreativiti".

Pelbagai aktiviti akan diadakan di lebih 20 tempat serata Chiang Mai, termasuk pemeran, wacana, malam gembira dan bazar.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prajin Juntong ketika berucap merasmikan acara itu berkata, Minggu Reka Bentuk Chiang Mai membolehkan pereka bentuk, tukang kraf, artisan dan usahawan berkongsi hasil inovasi yang memenuhi keperluan gaya hidup moden.

Acara tahun ini akan berlangsung hingga 16 Disember, dijangka menarik kedatangan 100 ribu pengunjung.   

张弘