Malaysia Bangkit Ikat Vietnam 2-2

2018-12-12 14:51:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_4168ca7c1e1d70e3fabf8d4e4e04cc705c0fbe0aa4286

Skuad Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Vietnam 2-2 pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.

Malaysia yang turun dengan misi membalas dendam kekalahan 0-2 kepada juara edisi 2008 itu pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, bermula garang dengan menunjukkan penguasaan bola yang baik.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janjinya untuk hadir memberi sokongan kepada Harimau Malaya yang bertemu Vietnam di pentas final.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei, pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah dan beberapa atlet lain.

Keputusan itu sekali gus menyebabkan Malaysia selaku juara edisi 2010, berdepan tugas sukar apabila berkunjung ke Hanoi untuk aksi final kedua pada 15 Disember.(sumber dari BERNAMA)

张弘