Kerjasama China-ASEAN Fokus IFCE

2018-12-12 16:05:18  CRI
Share with:

Forum Tenaga Bersih Antarabangsa (IFCE) ke-7 dirasmikan di Makau semalam, dengan penyertaan diplomat serta wakil jabatan tenaga, persatuan industri, syarikat dan institusi tinggi.

Ketua Pengarah IFCE, Su Shuhui berkata Makau salah satu titik permulaan bagi jalan sutera laut purba, sedangkan ASEAN komponen penting zon kerjasama ekonomi strategik Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21. 

Dengan latar belakang Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Makau mahu membangunkan diri sebagai platform kerjasama ekonomi antara China dengan ASEAN, serta wadah untuk menerapkan tenaga bersih dan pintar ke dalam platform tersebut.

Naib ketua Majlis Ekonomi dan Sosial China (CESC), Ji Lin berkata BRI platform kerjasama penting bagi mewujudkan pembangunan bersama, juga untuk menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

China, pengeluar dan pengguna tenaga terbesar, telah memasuki era baharu kerjasama tenaga antarabangsa. 

China bersedia menggalas tanggungjawab lebih besar semampu boleh untuk menggalakkan kerjasama tersebut serta pembangunan terselaras sumber tenaga di semua negara.   

IFCE selama tiga hari dianjurkan dengan kerjasama Pusat ASEAN-China (ACC) dan Pusat Tenaga ASEAN (ACE) untuk mempertingkat kerjasama tenaga bersih serta inovasi teknologi tenaga pintar dan perantaian blok tenaga.

梁靓