Rundingan perdagangan antara China dan AS berjalan lancar dengan komunikasi rapat berhubung butir-butir berkenaan, maklum jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng dalam sidang media semalam.
Pada 11 Disember, Naib Perdana Menteri China, Liu He telah bertukar-tukar pendapat dengan pihak AS menerusi telefon mengenai pelaksanaan konsensus antara pemimpin serta jadual dan garis panduan berhubung rundingan selanjutnya.
Menurut jurucakap itu, kata sepakat telah dicapai berkaitan isu-isu spesifik termasuk produk pertanian, tenaga dan automobil. Butiran lain tentang rundingan akan diumumkan kemudian.