Pasukan Bola Sepak Malaysia Masih Berpotensi

2018-12-16 13:31:18  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_429a7d8d2a26affb32a7d68974570c345c15aa84f14ee

Walaupun pasukan Malaysia gagal menjuarai Piala AFF Suzuki 2018 selepas tewas dengan agregat 2-3 di tangan Vietnam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkeyakinan skuad Harimau Malaya berpotensi untuk menang pada masa akan datang.

Katanya, skuad negara mempamerkan permainan yang baik."Saya berharap para pemain dan jurulatih kita tidak kecewa dan sebaliknya melihatnya sebagai pengalaman untuk meningkatkan lagi kebolehan mereka.

"Saya yakin dengan sedikit lagi usaha kita mempunyai potensi untuk memenangi perlawanan-perlawanan berikutnya," kata Dr Mahathir selepas menyaksikan siaran perlawanan final kedua di antara Malaysia dan Vietnam malam semalam.

(Sumber dari BERNAMA)

张弘