Xi Jinping menegaskan bahawa inovasi ialah jiwa pembaharuan dan pintu terbuka, usaha pembebasan minda tidak ada hujungnya. Dalam jalan merintis pembangunan, China mesti mengekalkan panduan Marxisme-Leninisme, fikiran Mao Zedong, teori Deng Xiaoping, fikiran penting "tiga mewakili", konsep pembangunan saintifik, dan fikiran sosialisme bercirikan China pada era baharu, membebaskan minda di samping menjaga kebenaran.