281 Maut Tsunami di Indonesia

2018-12-24 14:49:25  CRI
Share with:

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Supoto Purwo Nugroho dalam sidang media semalam berkata, tsunami yang melanda Selat Sunda pada malam 22 Disember lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 281 orang maut, manakala 1,016 orang cedera dan 57 lagi masih hilang.

Jumlah kematian dan kecederaan akan terus meningkat. Selain itu, sebanyak 611 rumah runtuh, 9 buah hotel rosak teruk dan 350 buah kapal musnah. 

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyampaikan rasa dukacita dan simpati kepada mangsa. Beliau mengarahkan pihak-pihak berkuasa berkaitan menjalankan operasi menyelamatkan mangsa dan memulihkan order di kawasan bencana, mengawasi letusan gunung berapi dan ombak dan mengeluarkan maklumat terbabit kepada orang awam.  

徐国玮