Jumlah Kematian Meningkat kepada 373

2018-12-25 15:29:33  CRI
Share with:

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Supoto Purwo Nugroho semalam berkata, jumlah kematian akibat bencana tsunami di Selat Sunda meningkat kepada 373 orang, manakala 1456 orang cedera dan 128 lagi masih hilang.
Sementera lebih 5665 orang dipindahkan ke tempat yang selamat.

Menurutnya, sejumlah besar mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan. Beribu-ribu anggota tentera, polis, penyelamat dan sukarelawan sedang bertungkus lumus mencari dan menyelamatkan mangsa. 

Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah meninjau ke Pandeglang, provinsi Banten, yang paling teruk terjejas akibat tsunami semalam. Beliau mahu pihak-pihak berkuasa berkaitan membaharui sistem amaran tsunami yang tercanggih dengan secepat mungkin. Menurutnya, Indonesia sering dilanda bencana alam, amaran bencana mesti dirangkumi dalam sistem pendidikan nasion al. 
 

徐国玮