Jumlah Kematian Tsunami Indonesia Meningkat kepada 429 Orang

2018-12-26 13:00:50  CRI
Share with:
Agensi Pengurusan Bencana Negara Indonesia (BNPB) semalam memaklumkan, sehingga pukul 1.00 petang semalam, jumlah kematian akibat bencana tsunami di Selat Sunda pada malam 22 Disember yang lalu telah meningkat kepada 429 orang, manakala 1,485 orang cedera dan 154 orang masih hilang. Selain itu, lebih 16 ribu orang dipindahkan ke tempat yang selamat. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan.
Jurucakap BNPB, Supoto Purwo Nugroho berkata, kekurangan sistem amaran tsunami ialah punca yang mengakibatkan jumlah kematian dan kecederaan begitu besar. Ketika tsunnami berlaku, pelancong dan penduduk tempatan tidak sempat berundur.
Pada hari yang sama, Kedutaan Besar China ke Indonesia menyatakan pihaknya memberikan perhatian tinggi tentang pelancong China dari Taiwan yang terperangkap akibat bencana kali ini. Pihaknya telah menuntut pihak berkuasa Indonesia dengan sedaya upaya mencari dan menyelamat penduduk Taiwan.
徐国玮