Indonesia Bakal Keluar Akta Tangani Bencana Alam

2018-12-26 15:06:43  CRI
Share with:

Indonesia akan mengeluarkan satu akta presiden bagi menangani bencana alam dengan lebih berkesan. 

Menteri Penyelarasan Maritim Indonesia, Luhut Binsar Panjaitan menyatakan semalam bahawa pihaknya telah mengadakan rundingan dengan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), dan Pusat Mencari dan Menyelamat Negara tentang penyusunan akta tersebut. Misi paling utama adalah meningkatkan kemampuan amaran bagi sistem amaran tsunami agar memastikan amaran tsunami dikeluarkan kepada awam dengan tepat dan segera. Beliau menambah, kemudahan dan peralatan amaran yang baharu akan dipasang dan digunakan di pelbagai tempat bermula tahun depan. 

Dalam pada itu, jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam sidang media semalam menyatakan, tumpuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekarang adalah mencari mangsa yang masih hilang, sementara merawat mangsa cedera dan menempatkan mereka yang tiada tempat tinggal. Selain itu, infrastruktur dan kemudahan awam akan dibaiki. Beliau menambah, kerajaan masih belum memutuskan sama ada menerima bantuan negara asing atau tidak.

胡星